Tuesday, 15 April 2014

My Dearest Friend


My Dearest Friend



The same things that make you a wonderful friend,
make you a wonderful ...
The way you listen and always hear the feelings
FRIEND.. O_o"
that aren?t very easy to put into words,
the way you know when to hold on
and when to let go, and all the countless little
things you do to show the people in your life
how much they mean to you.
You?re a wonderful  friend,
and so many people are lucky to have you

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

permulaan yg kita tidak sedari
penghujung yang kita tidak ketahui
inilah kehidupan jika diberi erti
keseronokan kebahagiaan, kesusahan, dan kesedihan
menjadi rencah didalam memaniskan kehidupan

berapa ramai yang sedar kehidupan ini sekadar pinjaman?
berapa ramai yg menghayati erti sebuah kehidupan?
berapa ramai pula yg menunaikan segala amalan?

tidak kita ketahui bilakah kita akan pergi
jika diberi mungkin tiada yang lalai lagi terhadap diri sendiri
setiap hari yg berlalu adalah satu kerugian
bagi mereka yang tidur dari menjalankan kewajipan

bukan engkau bukan kamu, yang aku nasihati adalah aku
aku berusaha menjadi orang yang 'untung'
dimana setiap hari amalan dihitung
setiap harinya adalah kebaikan,
 
setiap harinya membawa keuntungan...
namun aku masih begini
sekadar berjanji tidak pada hati
apakah 'nur' itu telah pergi dari hati ini?
ya Allah tabahkanlah hati kecilku ini
agar setiap janji dapat kutepati
bukan sekadar berjanji tetapi masih begini
tolonglah dan bantulah....aku tidak mahu terperangkap didalam diri ku
 
lagi.....


KEPERIBADIAN PEMIMPIN


SEBAGAI PEMIMPIN BANYAK BIJAKNYA
Seorang pemimpin hendaklah memiliki kebijaksanaan yang terpuji, kearifan yang handal sehingga bermanfaat dalam melaksanakan kepemimpinannya. Kebijaksanaan itu antara lain tercermin daripada : 

Bijaknya menyimak kicau murai 

Bijak menarik rambut di tepung 

Bijak mengindang beras berantah 

Bijak menangkis bersilat lidah 

Bijak membuka simpul mati 

Bijak menyukat sama pepat 

Bijak mengukur sama panjang 

Bijak menimbang sama berat 

Bijak memberi kata putus 

Bijak melangkah dalam onak 

Bijak menepis tuntung keris 

Bijak menyimpai arif mengungkai 

Bijak belayar di angin sakal 

Bijak berkayuh menongkah arus 

Bijak marah dalam tertawa 

Bijak senyum dalam susah.


SEBAGAI PEMIMPIN BANYAK TAHUNYA,
Seorang pemimpin hendaklah memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam. Dengan demikian ia mampu melaksanakan hak dan kewajipannya secara lebih mudah dan mampu pula menyelesaikan permasalahan secara baik dan benar sesuai menurut acuannya. Dalam ungkapan adat dijelaskan: 
Tahu duduk pada patutnya 
 Tahu tegak pada layaknya.                          

Tahu kata yang berpangkal

Tahu hujan yang berpokok

Tahu serai yang berumpun

Tahu ayam yang berinduk

Tahu rumah yang bertua

Tahu kampung yang berpenghulu

Tahu negeri yang beraja

Tahu tepian yang berbahasa

Tahu ladang yang bergalang

Tahu hutan yang berlarangan

Tahu rimba yang berpunya.

Tahu galas bersandaran

 Tahu dagang bertepatan.

Tahu hidup berkesudahan 
 
Tahu mati berkekalan.